Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dibuka semula Khamis ini

oleh SALINA JALIL|
Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai akan dibuka semula Khamis ini selepas penutupan selama 15 bulan susulan pandemik COVID-19, menurut pengendali lapangan terbang itu, semalam.


Katanya, lebih 40 syarikat penerbangan antarabangsa secara berperingkat akan mengalihkan operasi ke terminal berkenaan, kemudahan utama untuk syarikat penerbangan asing dari terminal dua dan tiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terminal 1 yang menempatkan Concourse D lapangan terbang, mempunyai kapasiti penumpang tahunan seramai 18 juta orang.

Lapangan terbang, pusat transit utama antarabangsa mampu menerima sehingga 100 juta pengunjung setahun.

 

Pengumuman itu dibuat selepas kerajaan Dubai semalam memaklumkan menarik semula larangan kemasukan bagi mereka yang berada di Nigeria atau Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari terakhir, dan penerbangan langsung dari sana akan disambung semula mulai Rabu ini.

Penerbangan dari India juga disambung semula dan warga India yang memiliki visa penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dibenar masuk dengan syarat sudah menerima dua dos vaksin diluluskan pihak UAE.

 

Bagaimanapun, larangan masuk ke atas bukan warganegara yang mengunjungi India dalam tempoh dua minggu lalu akan terus dikuatkuasakan.

 

Ketibaan pengembara dari India perlu dikuarantin di tempat yang ditentukan sehingga mereka menerima keputusan ujian, kebiasaannya dalam tempoh sehari, menurut pejabat media Dubai. 

 

 

Berita Harian