Lapan syarikat pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 14,000 kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lapan pembuat kereta domestik dan asing di Korea Selatan secara sukarela memanggil semula kira-kira 14,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua, memetik Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. pada Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Corp akan memanggil balik 8,394 unit EV9 kerana ralat reka bentuk perisian dalam sistem kawalan motor pacuan roda belakang.

Mercedes-Benz Korea akan memanggil semula 2,695 unit E300e 4MATIC kerana kerosakan pendawaian pada sistem kawalan pemacu motor, 559 unit empat model, termasuk EQS 450+, kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan dalam sistem elektrik berkuasa tinggi dan 82 unit daripada dua model lain untuk pengetatan bolt yang longgar.

Jaguar Land Rover Korea pula akan memanggil balik 1,316 kenderaan daripada empat modelnya untuk pembaikan kerosakan lampu belakang dan brek, manakala Volkswagen Group Korea telah membuat pampasan kepada 338 pemilik ID.4 disebabkan keperluan penggunaan bahan api secara berlebihan.

GM Korea dan ibu pejabat serantau GM Asia Pasifik akan menarik balik 271 kenderaan Traverse dan 21 unit dua model, termasuk Cadillac XT5, kerana pembuatan lemah dalam bahagian transmisinya.

Sementara itu, Tesla Korea akan menarik balik 176 unit dua model, termasuk Model S, kerana masalah kamera hadapan, serta 97 unit dua model, termasuk Model X, untuk membaiki tali pinggang keledar hadapan yang rosak.

Toyota Motor Korea akan memanggil balik 108 unit Lexus NX450h+ kerana ralat reka bentuk litar dalam penukar voltannya.

Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat pembaikan dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak itu secara percuma.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan memanggil balik EV jenama Tesla itu berpunca penemuan masalah membabitkan fungsi bantuan…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…