Lapan lagi sekatan jalan raya di PLUS

oleh HEZERI SAMSURI|
Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melihat penambahan lapan lagi sekatan jalan raya (SJR) .

Ini menjadikan jumlah SJR sekarang di kawasan lebuh raya PLUS yang terbabit kepada 17.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambahan lapan lagi SJR itu ialah di lokasi-lokasi seperti berikut:

  • PLUS di Rawang
  • Tanjung Malim
  • Bukit Raja
  • Kajang
  • Bangi
  • USJ
  • Putra Heights
  • Bandar Saujana Putra

Semalam, sembilan SJR telah dibuka di beberapa laluan lebuh raya PLUS iaitu di:

  • Plaza Tol Jalan Duta
  • Setia Alam
  • Putra Mahkota
  • Sungai Buaya
  • Bukit Tagar
  • Bukit Beruntung
  • Lembah Beringin
  • Shah Alam
  • Seafield

Orang ramai diminta bersabar dan kekal berada di rumah kecuali untuk urusan kerja agar sama-sama mampu mengawal penularan wabak Covid-19.

Pihak PLUS sekali berharap agar semua pengguna tol menambahkan bagi kad TnG mereka sebelum memasuki lebuh raya agar menurunkan risiko jangkitan Covid-19 kepada kakitangan syarikat tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…