Langkawi: AirAsia berjaya jual 200,000 tiket penerbangan

oleh Mohamad Hanif|
AirAsia berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam pemulihan sektor pelancongan selari dengan pengumuman gelembung perjalanan Langkawi baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, AirAsia Malaysia (dengan kod penerbangan AK) akan memulakan semula penerbangan ke dan dari Langkawi dengan kekerapan 90 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur (63 kali seminggu), Pulau Pinang (14 kali seminggu), Johor Bahru (7 kali seminggu), Ipoh (3 kali seminggu) dan Kota Bharu (3 kali seminggu).

Syarikat penerbangan tambang murah itu juga merancang untuk membuka lebih banyak laluan dan kekerapan penerbangan selari dengan pertambahan permintaan perjalanan ke destinasi percutian yang akan dibuka semula kelak.

Selain daripada itu, pelancong juga boleh menikmati manfaat daripada airasia Super App menerusi kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi yang menawarkan perkhidmatan beli-belah bebas cukai secara digital dan tanpa sentuhan di seluruh pulau, beserta perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama di seluruh Langkawi menjelang akhir bulan ini.

Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan pada masa akan datang termasuklah penghantaran ke tempat duduk dalam penerbangan, pengambilan di lapangan terbang, serta penghantaran ke hotel dan juga kediaman.

Perkhidmatan seru-pandu airasia Ride juga akan mula beroperasi di Langkawi pada 16 September ini.

Dalam pada itu, menurut laporan daripada Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata syarikat itu telah mencapai 200,000 jualan tiket susulan pembukaan semula pulau itu kepada pelancong domestik yang telah lengkap divaksinasi, bermula 16 Sept ini.

“Bagi (tempahan) hari pertama sahaja (9 Sept), kita telah menjual hampir 30,000 tiket,” katanya pada sidang media secara maya berhubung gelembung pelancongan ke Langkawi dan pelancaran produk-produk airasia Super App.

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…