Langkah tepat untuk menukar rakaman dari kamera papan pemuka sebagai bukti

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada zaman teknologi dihujung jari ini, kamera papan pemuka dalam kenderaan merupakan satu alat penting yang wajib ada dalam setiap kenderaan, ianya berfungsi untuk merakam sebarang kejadian yang berlaku sama ada sedang bergerak atau berhenti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya menjadi suatu perkara penting kerana rakaman audio dan video yang dihasilkan oleh kamera papan pemuka boleh dijadikan bukti penting bagi sesuatu kejadian.

Bukti dihasilkan sekaligus dapat membantu untuk mengenalpasti punca dan mengenal pasti individu atau kenderaan lain yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Bagi menjamin keaslian dan keutuhan sesebuah rakaman audio atau video itu untuk dijadikan bahan bukti, CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan garis panduan untuk mendapatkan data secara forensik dari kamera papan pemuka.

Berikut merupakan langkah atau garis panduan bagi mendapatkan data secara forensik dari kamera papan pemuka:

1) Kenal pasti jenama, model dan nombor siri kamera papan pemuka

2

 

Maklumat tersebut boleh didapatkan pada menu tetapan di kamera papan pemuka atau boleh dilihat di bahagian tepi dan belakang kamera tersebut.

Setelah maklumat tersebut dikenalpasti, ambil gambar yang menunjukkan jenama, model dan nombor siri kamera papan pemuka itu.

2) Rekodkan sela waktu

3

 

Rekodkan perbezaan antara cap waktu pada kamera papan pemuka dengan cap waktu semasa, anda hanya perlu mengambil gambar tarikh dan waktu yang dipaparkan pada kamera, serta tarikh dan waktu semasa di laman sesawang MST SIRIM.

3) Pilih rakaman video dan muat turun

3

 

Sambungkan kamera papan pemuka ke aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar anda, kemudian pilih rakaman video untuk dimuat turun ke telefon.

4) Kira nilai cincangan (hash value)

4

 

Nilai cincangan ialah algoritma matematik yang digunakan untuk membuktikan bahawa sesuatu fail itu tidak terusik.

Kira nilai cincangan SHA-1 atau SHA-256 rakaman video dengan menggunakan aplikasi cincangan seperti HashMyfiles (komputer), Hash Droid (Android) atau iHasher (iOS).

5) Susun semua fail dalam satu folder

5

 

Folder anda mestilah memilik semua fail seperti berikut:

  • Rakaman video,
  • Gambar jenama, model, nombor siri kamera papan pemuka serta tarikh dan waktu
  • Gambar tarikh dan waktu semasa di laman sesawang MST SIRIM
  • Nilai cincangan rakaman video

6) Masukkan segala bukti ke dalam bungkusan

6

 

Setelah folder dengan semua maklumat dikumpulkan, masukkan folder tersebut ke dalam media simpanan seperti pemacu pena, CD atau DVD.

Kemudian masukkan media simpanan tersebut ke dalam sampul yang ditutup secara rapi dan kemas, pastikan anda meletakkan nama, tandatangan anda berserta  tarikh dan waktu semasa pada luar sampul.

7) Serahkan bungkusan kepada pihak berkuasa/syarikat insurans

7

 

Setelah lengkap semua langkah diatas, anda boleh menghantar bungkusan berisi bukti tersebut kepada pihak berkuasa atau syarikat insuran.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Untuk kami, jenama 70Mai menghasilkan dashcam yang berkualiti, spesifikasi yang menarik dan…