Langkah Nissan berjimat cermat kini semakin ekstrem - tiada insentif jualan, tiada trip perniagaan!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada keadaan semasa yang menimpa Nissan masa kini, tidak menghairankan sekiranya syarikat yang menjadi sebahagian daripada pakatan Renault dan Mitsubishi mengambil langkah yang lebih berhati-hati demi menjimatkan kos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awal tahun lalu, Nissan Amerika Utara mengumumkan cuti tanpa gaji selama dua hari yang tertakluk kepada semua pekerja, dan kini ia semakin ekstrem, menurut laporan terkini daripada Reuters. 

Di negara asal Jepun, Nissan kini mengarahkan pihak pengurusan supaya memotong segala perbelanjaan yang tidak penting demi menjaga kesinambungan perniagaan untuk tahun mendatang. 

Ini termasuklah menghentikan perjalanan yang tidak diperlukan, selain tiada insentif jualan serta aktiviti promosi seperti kebiasaan. 

Sidang perjumpaan dan acara makan malam juga turut dibatalkan manakala trip perniagaan telah digantikan dengan persidangan video, pendek kata Nissan perlu menjimatkan setiap yen yang dibelanjakan!

Larangan menghadiri trip perniagaan juga sebenarnya turut diperluaskan kepada staf Nissan di Amerika Syarikat. 

Teradapat beberapa laporan memetik bahawa Nissan sebenarnya tidak mengalami sebarang masalah aliran tunai, namun krisis terbaharu yang menimpa sedikit sebanyak menjejaskan keuntungan Nissan. 

Ini termasuklah penahanan bekas bos, Carlos Ghosn yang kini berada di Lubnan, diikuti dengan peletakan jawatan beberapa pegawai tertinggi selain hubungan yang tegang antara rakan sepakatan sendiri (Renault).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, mungkin agak terkejut apabila tiba-tiba sahaja minivan ini didatangkan dengan model facelift…