Langgar SOP PKP: Cadangan naikkan denda, kompaun sedang dirangka

oleh SALINA JALIL|
Peguam Negara sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kompaun dan denda berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika menjelaskan perkara itu berkata, usaha pindaan berkenaan mempunyai kaitan dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Saya difahamkan, Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kompaun dan denda di mahkamah jika seseorang individu disabit bersalah.

 

"Insya-Allah, jika diluluskan, kita akan umumkan, sama ada oleh saya atau Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

 

"Mungkin menteri undang-undang akan umum sebab ini ada kaitan dengan hal ehwal darurat, jadi kita tunggu," katanya pada sidang media khas mengenai PKP.

 

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar SOP PKP wajar dinaikkan, susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negara ini.

 

penjarakan sosial
gambar hiasan 

 

 

Percaturan itu perlu dilaksana, memandangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan ribuan saman setiap minggu kepada individu yang melanggar SOP, terutama membabitkan kesalahan tiada penjarakan fizikal.

 

Lebih buruk apabila segelintir pihak dilihat cuba melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri, tanpa sebarang alasan yang kukuh ketika ditahan polis di sekatan jalan raya.

 

Ismail Sabri berkata, PKP fasa kedua berbeza dengan pelaksanaan kali pertama bermula 18 Mac tahun lalu yang menerapkan pematuhan SOP secara lebih ketat.

 

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan kerajaan untuk memberikan pelbagai kelonggaran sepanjang PKP kali ini perlu dihargai oleh masyarakat dengan terus mematuhi SOP.

 

"Kes masih tinggi dan berada di sekitar kita, justeru anda perlu ambil tindakan kawalan kendiri sendiri, demi keselamatan sekeluarga.

 

"Jika tiada keperluan untuk keluar, baik duduk di rumah. Kita beri kelonggaran bagi melindungi sektor ekonomi dan peniaga bagi mengelak daripada mereka terpaksa berdepan risiko sekiranya diarah menutup operasi.

 

"Mengenai mengapa masih ada sekatan jalan raya di bandar-bandar, ia kerana kita nak hadkan pergerakan supaya hanya untuk tujuan mendapatkan bekalan asas dan keperluan lain," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…