LANGGAR SOP PKP: 330 INDIVIDU DIKOMPAUN RM10,000 DALAM TEMPOH 24 JAM

oleh Penyumbang Rencana 2|
SERAMAI 330 individu telah dikompaun RM10,000 sepanjang tempoh 24 jam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan kompaun itu wajar dijadikan peringatan agar tidak mengambil mudah dalam pematuhan SOP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Tular gambar notis kompaun itu disebabkan individu tersebut gagal mendaftar MySejahtera. Kita kena ingat peraturan itu dilaksanakan demi keselamatan pengunjung lain ke premis perniagaan.

“Kompaun RM10,000 itu sebagai peringatan kepada mereka yang selalu mengulangi kesalahan hingga mengundang risiko jangkitan,” tegasnya pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM di IUpoh hari ini.

Ujar beliau, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.

gambar kes kompaun rm10,000 yg tular semalam

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan kesalahan tidak mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaan mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Semalam Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard PKP secara berulang bermula hari ini.

Ia susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Menurut beliau, notis kompaun yang ditulis adalah bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetap nilai sebenar kompaun yang dikenakan.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar