Langgar SOP di Johor - 3,885 kompaun dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis Johor mengeluarkan 3,885 kompaun berkaitan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, dalam tempoh bermula 13 Januari hingga semalam.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang paling tinggi mencatatkan jumlah kompaun, iaitu dengan sebanyak 702, diikuti kawasan IPD Segamat (677), IPD Kulai (530) dan IPD Iskandar Puteri (516).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bagi Segamat contohnya, ini daerah kecil tapi jumlah kompaun tinggi. Oleh itu, kita akan menumpukan jalan dan laluan yang bersempadan dengan negeri lain di kawasan berkenaan, bagi memastikan tiada individu cuba merentas sempadan untuk balik beraya.

"Segamat mempunyai lima jalan tikus di kawasan FELDA, tetapi sekarang semuanya sudah kita tutup. Mungkin ada individu tidak bertanggungjawab masih mahu menggunakan jalan itu," katanya dalam sidang media selepas melawat ke sekatan jalan raya di Jalan Gemas Baru, Segamat, hari ini.

 

Beliau memberitahu, setakat hari pertama Aidilfitri, kadar pematuhan SOP dalam kalangan penduduk negeri ini juga secara puratanya pada tahap 98 peratus.

\

"Ada daerah mencatatkan kadar pematuhan rendah dan ada daerah lain yang tinggi, tetapi secara purata 98 peratus.

 

"Tadi pun kita tengok tidak banyak kenderaan atas jalan. Kalau pun ada cubaan merentas, jumlahnya kecil," katanya.

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, polis turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki mengikut Seksyen…
Berita Domestik
Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor berkata, bayaran itu dikutip hasil tawaran diskaun 50…
Berita Domestik
  Operasi berkenaan melibatkan seramai 25 pegawai dan anggota turut membuat 17 serbuan di Johor…