Langgar rakan sepasukan - pemandu F2 digantung empat kali perlumbaan!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu F2 bukan sahaja telah diharamkan daripada berlumba akibat kesilapan beliau melanggar teman sepasukan sendiri, malah beliau juga turut disabitkan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika berlumba!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba pasukan F2 Trident dan pemandu junior pasukan F1 Haas tersebut, Santino Ferrucci telah dijatuhkan hukuman digantung sebanyak empat kali perlumbaan apabila didapati sengaja melanggar rakan sepasukan Arjun Maini di litar Silverstone. 

 


Akibat pelanggaran tersebut, beliau telah didenda sebanyak €60,000, dan tambahan €6,000 lagi akibat didapati dengan sengaja menggunakan telefon bimbit pada sebelah tangan ketika memandu daripada paddock F1 dan F2. 

Menurut pengurus pasukan Gunther Steiner, pihak beliau sedang menyiasat kejadian tersebut. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…