Langgar polis trafik, pelajar digantung lesen memandu tiga tahun

oleh Mohamad Hanif|
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Seorang pelajar kolej swasta dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur setelah didapati bersalah memandu secara melulu dan berbahaya.

Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Tan Wooi Zhan, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama tiga tahun.

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota Polis Trafik Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Hishamuddin, dua hari lepas.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, dia merempuh mangsa sehingga melambung dan tercampak ke tengah jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
“Bagi kesalahan tiada lesen memandu pula merekodkan 138 saman dengan empat daripadanya pemandu…
Berita Domestik
“Kita akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op…
Berita Domestik
Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh…