Langgar paten, Peugeot Motorcycles perlu bayar pampasan RM7.38 juta kepada Piaggio

oleh Mohamad Hanif|
Mahkamah Paris dan Milan telah memuatuskan untuk memihak kepada Piaggio dalam satu tindakan undang-undang terhadap Peugeot Motorcycles yang didapati melanggar paten teknologi skuter tiga roda pada model Peugeot Metropolis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Paten yang dimaksudkan itu merujuk kepada sistem kawalan yang membenarkan skuter tiga roda Piaggio MP3 itu menyendeng ke sisi yang sama seperti motosikal konvensional.

Akibat pelanggaran paten tersebut, Peugeot Motorcyles perlu membayar pampasan sebanyak 1.5 juta euro (RM7.38 juta) kepada Piaggio sebagai tambahan kepada denda dan kos perbelanjaan undang-undang.
 

Piaggio MP3
Piaggio MP3


Kedua-dua mahkamah juga turut melarang Peugeot Motorcycles di dalam wilayah Perancis daripada menghasilkan, mempromosikan, memasarkan, mengimport atau mengeksport, serta menggunakan sistem kawalan yang dipatenkan kepada Piaggio, disamping denda sebanyak 6,000 euro (RM29,505) untuk setiap unit yang dijual selepas tempoh 30 hari daripada pengumuman keputusan itu dibuat.

Malah, Peugeot Motorcycles perlu menarik kembali setiap unit skuter yang dilengkapi dengan sistem tersebut di Itali dalam tempoh 90 hari, dengan penalti sebanyak 10,000 euro (RM49,175) dikenakan untuk setiap hari kelewatan.

Sumber: Europa Press

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Berita Global
Ia didatangkan dengan ruang storan yang agak besar di bahagian belakang yang mampu memuatkan…