Langgar mati anggota tentera, pemandu Myvi bakal didakwa 5 pertuduhan

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru jam 8.40 pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dia yang memakai jaket hitam itu dilihat disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring sebelum memasuki Mahkamah Majistret.

Dua pertuduhan dijangka dikenakan terhadap pemandu wanita berkenaan iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Wanita berusia 23 tahun itu dijangka berdepan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 November 2023 lalu sekitar 9.30 malam,…
Berita Domestik
Mei tahun lalu, seorang doktor telah menyaman pengarah JPJ Pulau Pinang, ketua pengarah dan…
Berita Global
Insiden yang berlaku di Guci, Slawi, Jawa Tengah itu dilapor meragut satu nyawa, sementara puluhan…