Langgar lari: Pemandu BMW serah diri selepas diburu polis

oleh Penyumbang Rencana|
foto tangkap layar video
Polis telah menahan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam, di Butterworth, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pemandu berusia 28 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik SPU pada Selasa.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang mengesan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya BORR pada Khamis lalu.

Suspek diburu selepas tular dua rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan insiden langgar lari yang berlaku jam 8.44 pagi.

Menerusi video itu, wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh di jalan raya selepas dilanggar sebuah BMW berwarna putih yang kemudian melarikan diri.

Difahamkan, wanita itu mengalami kecederaan di kaki dan rahang sehingga memerlukan beberapa jahitan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemandu kenderaan…
Berita Domestik
Menurut beliau kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Audi TT yang dari arah Jalan Dato’…
Berita Domestik
"Reman terhadap kedua-dua individu terbabit diperoleh lima hari hingga 10 Feb bagi membantu…