Langgar lari: PDRM buru pemandu Vios di Johor Bahru

oleh Mohamad Hanif|
Tular satu video dalam media sosial semalam memaparkan aksi tidak berhati perut seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios di Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam klip video berdurasi 44 saat itu, kereta jenis Toyata Vios berwarna hitam itu melanggar seorang penunggang motosikal yang berada di bahagian kirinya sebelum bertindak melarikan diri kira-kira jam 8.15 pagi, hari ini.

Sebelum kejadian, aksi biadab pemandu berkenaan sempat dirakamkan apabila dia menggunakan laluan kecemasan untuk masuk barisan kereta yang mahu menuju ke Kampung Maju Jaya.

Sejurus memasuki barisan, kereta itu dilihat tiba-tiba membelok ke kiri untuk memasuki pula Lebuhraya Peruraian Timur (EDL) yang ketika itu terdapat penunggang motosikal berkenaan.

Rakaman video kemudiannya menunjukkan pemandu kereta berkenaan langsung tidak berhenti untuk membantu mangsa tetapi terus memasuki Lebuhraya EDL menghala Senai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan…
Berita Domestik
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22,…