Langgar lari di Lebuhraya Grand Saga - suspek ditahan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemandu kenderaan yang telah melarikan diri selepas melanggar sebuah Toyota Vios di Lebuhraya Grand Saga pada 23 Disember lalu telah ditahan polis.

Dalam kemalangan tersebut, seorang ibu maut menakala empat orang termasuk bayi berusia sebulan cedera bila Vios mereka dilanggar dan berpusing sebelum terbalik.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Cheras.

 

 

Suspek kemudian membawa polis ke Pandan Indah di mana kenderaan yang dipandunya dalam kejadian itu disorok.

Nissan Almera yang digunakan suspek mengalami kerosakan di bahagian bamper hadapan dan tayar hadapan pecah.

Ujian saringan air kencing dan sampel darah telah diambil dan suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang untuk perintah reman.


*Sumber dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…
Berita Domestik
Berdasarkan laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku pada jam 8 malam di mana suspek dikatakan…
Berita Domestik
  Terdahulu, suspek yang bergari dilihat tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan diiringi polis…