Langgar lampu merah, warga emas maut digilis lori

oleh Hamimah Hamid|
AKIBAT melanggar lampu isyarat merah, seorang warga emas maut digilis sebuah lori di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Sungai Siput, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa berusia 60-an yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika lori muatan tanah dipandu lelaki berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh.

“Apabila sampai di lampu isyarat berkenaan, mangsa tidak memberhentikan motosikalnya dan telah melintas jalan.

“Tindakan mangsa itu menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan lalu melanggar dan menggilis mangsa,” katanya.

keadaan mayat yg ditutup netizen

Menurut Mohd Khaizam, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat manakala pemandu lori  ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…