Langgar lampu merah, Polis kenal pasti pemandu lori, 3 penunggang motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah mengenal pasti seorang pemandu lori dan tiga orang penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Kampung Acheh berhampiran Kilang YTY, Seri Manjung, Perak pada jam 4.50 petang, 3 Januari 2023.

 


Kesemua empat individu yang terbabit telah dikenal pasti dan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN 167/59 bagi kesalahan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 16 saat telah dimuat naik menerusi akaun Facebook Chi Chot yang memaparkan empat buah kenderaan didapati melanggar lampu isyarat merah.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurut JPJ negeri, penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 10.…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian…