LANGGAR LAMPU MERAH DEPAN POLIS TRAFIK, RIDER KENA SAMAN

oleh Hamimah Hamid|
TINDAKAN seorang penghantar makanan melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Azlan, dekat Bercham, Ipoh, mengundang padah apabila dia disaman oleh anggota trafik yang menunggang motosikal di belakangnya.

Kejadian itu tular melalui klip video berdurasi 36 saat yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum ia dimuatnaik di Facebook (FB) Polis Daerah Ipoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut hantaran berkenaan, rakaman video ‘dashcam’ itu tular di laman sosial dan berlaku jam 9.45 pagi semalam.
Menerusi hantaran itu, tindakan saman diambil oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berpangkat Koperal.

saat riderlanggar lampu merah

“Tindakan saman diambil oleh Koperal Mohd Amin Ismail ke atas penunggang motosikal terbabit yang melanggar isyarat lalu-lintas di Jalan Sultan Azlan Shah/ Bercham yang tular di laman sosial baru-baru ini,” kata hantaran itu.

Rakaman video terbabit memaparkan penghantar makanan tersebut tidak menyedari anggota polis trafik berada di belakangnya sebelum melanggar lampu merah sebaik tiada kenderaan melalui susur simpang dari arah berlawanan.

trafik berjaya menahan rider yg langgar lampu merah

Sejurus melanggar lampu isyarat merah berkenaan, video seterusnya memaparkan penghantar makanan itu ‘dikejar’ polis trafik terbabit yang kemudiannya mengarahkan supaya berhenti di bahu jalan dipercayai bagi proses pengeluaran saman.