LANGGAR KERBAU, WANITA MAUT

oleh Hamimah Hamid|
kenderaan yg terbabas ke dlm semak selepas melanggar kerbau
SEORANG wanita maut setelah kereta dipandunya melanggar seekor kerbau yang melintas jalan di Jalan Perindustrian Pengkalan 2, di Ipoh awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, nahas kira-kira jam 1.05 pagi itu, mengorbankan Lee Chiew Li, 37 tahun yang cedera parah di kepala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ACP Mohamad Roy Suhaimi, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan pulang dari Pusing ke rumahnya di Kampung Muhibbah Fasa 1, Sungai Siput.

ACP Mohamad Roy Suhaimi

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan selepas terlanggar kerbau yang melintas.

“Kereta mangsa telah terbabas masuk ke gaung sebelah kiri jalan dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.
Ujar beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.