Langgar hak paten Nokia, Mercedes mungkin 'dihalang' jual kereta di Jerman!

oleh Mohamad Hanif|
Di Jerman, mahkamah telah memutuskan bahawa Daimler selaku syarikat pemilik Mercedes-Benz telah melanggar beberapa hak paten teknologi komunikasi yang dimiliki oleh Nokia.
Modenas

Menurut Jenni Lukander, Presiden Nokia Technologies berkata, "penemuan dan keputusan mahkamah hari ini merupakan satu sokongan terhadap kejuruteraan jangka panjang, dan prinsip utama di mana hasil kerja mereka sepatutnya diberikan balasan yang setimpal.

"Kami amat berharap Daimler akan menerima kewajipan ini, dan mengambil lesen (paten) dengan syarat yang lebih adil.

Keputusan mahkamah berpihak kepada Nokia memandangkan Daimler tidak bersedia untuk mematuhi undang-undang sedia ada, dan ia mampu membenarkan Nokia untuk 'menghalang' Daimler daripada menjual kenderaan di Jerman.

Namun, langkah tersebut akan memerlukan Nokia membayar cagaran sebanyak 7 billion Euro (RM35 billion) dalam prosiding berasingan, di mana amaun ini akan bertindak sebagai margin bagi jenama untuk menanggung kerugian besar sekiranya keputusan tersebut dibatalkan dalam rayuan.

Nokia memperoleh pendapatan daripada perlesenan paten teknologi mudah alih, dengan amaun berjumlah melebihi 1.4 billion euro (RM7 billion) dalam masa setahun.

Sumber: Automotive News

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Daimler diberitakan telah kehilangan tuntutan kes paten teknologi mudah alih buat kali…