Langgar enam kenderaan, pemandu bawah pengaruh dadah ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan berlaku kemalangan di enam lokasi berbeza di sekitar Bukit Mertajam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis menerima laporan daripada enam pemandu kereta yang memaklumkan bahawa kenderaan mereka dilanggar seorang lelaki tidak dikenali.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Dalam kejadian antara 12 tengah hari hingga 3.30 petang itu, keenam-enam mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan mereka pula mengalami kerosakan kecil," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurutnya, polis sudah menahan suspek berusia 28 tahun untuk siasatan lanjut.

 

"Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

 

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 25 tahun menerima rawatan di zon merah hospital sama…
Berita Domestik
"Lelaki berkenaan memandu dari pusat bandar menghala ke Skudai bersama-sama dua penumpang dan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek melakukan perkara…