Langgar 10 kereta: Pemandu lori telah dikesan dan tiada tuntutan ganti rugi

oleh SALINA JALIL|
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan lori disyaki melanggar lebih 10 kereta di Kompleks E, Putrajaya semalam
Polis mengesahkan pemandu lori yang terbabit melanggar lebih 10 buah kereta di di Kompleks E, di Putrajay semalam sudah dikesan.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemandu lori berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan.

 

“10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Sementara itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

 

Menurutnya, CGSO Parcel E juga memaklumkan, lokasi kejadian telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir sebarang kenderaan.

 

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir,” katanya.

 

Katanya, pihaknya juga difahamkan, polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan dan boleh mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak patuh.

 

Sebelum ini, tular sebuah video di laman sosial memaparkan sebuah lori melanggar lebih 10 buah kereta. Pelanggaran itu menyebabkan pelbagai kerosakan termasuk kesan calar dan kerosakan cermin sisi.

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian itu tular di…
Uncategorized
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim, berkata…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati…