Langgan Proton X50 dari RM1,995 di Flux

oleh SALINA JALIL|
Kini anda boleh melanggan X50 melalui Flux, iaitu satu aplikasi langganan kenderaan di Malaysia. Dua varian boleh dipilih, sama ada Flagship atau Premium, dengan pilihan warna Snow White, Jet Grey atau Passion Red.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Untuk X50 Flagship, langganan bulanan boleh dibuat dari RM1,995 untuk tempoh 36 bulan (3 tahun) dan semua kos seperti cukai jalan, insurans, dan penyelenggaraan termasuk dalam bayaran ini.

 

Anda hanya perlu mengisi minyak dan teruskan perjalanan!

 

flux

 

Segala urusan dari tempahan hinggalah kepada penyerahan kenderaan akan dibuat oleh pihak Concierge Flux.

 

Anda juga tidak perlu bimbang sekiranya terkandas atau mengalami kerosakan di tepi jalan kerana khidmat bantuan kecemasan atau kerosakan disediakan 24 jam.

 

Di akhir tempoh 36 bulan langganan, anda diberi pilihan untuk membelinya dan .dengan Guaranteed Future Value (GFV), Proton X50 ini boleh dibeli pada harga RM78,000 di bawah program Subscribe to Own.

 

Kepada yang telah menunggu lama tempahan Proton X50, ini lah peluang untuk memiliki SUV ini dengan mudah dan pantas kerana tempoh tempahan melalui Flux hanya mengambil masa kira-kira tujuh hari sahaja dan ianya terhad!

 

Sila layari https://driveflux.com[email protected] atau hubungi 03-6411 5611 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara pameran itu bakal diadakan di ibu pejabat Flux bertempat di Solaris Mont Kiara pada 28 Ogos…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…