Langen Two Stroke, enjin 2-lejang dengan 'redline' 14,500 rpm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bilakah kali terakhir anda mendengar ngauman atau pekikan enjin motosikal dua lejang? Di pasaran tempatan, bunyi enjin dua lejang biasanya datang dari Yamaha 125Z, RX-Z atau Modenas Dinamik.

Undang-undang dan kempen alam sekitar tidak menyebelahi motosikal dua lejang namun ia bukan satu pengakhiran.

Di United Kingdom ada sebuah syarikat motosikal baharu yang dikenali sebagai Langen Motorcycles dan model terbaru mereka iaitu Two Stroke diperkenal di acara Salon Prive pada September 2020.

Langen Two Stroke berbeza dengan tawaran di pasaran, maklumlah, ia menggunakan enjin dua lejang 250cc V Twin! Sesuatu yang asing dalam dunia empat lejang sekarang.

Lebih mengujakan apabila redline enjin itu mencecah 14,500 rpm dan bagaimana agaknya bunyi yang dikeluarkan? 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Langen Two Stroke

 

Di sebalik enjin tersebut ada cerita yang sangat menarik dan dikeluarkan oleh Vins dari Maranello, Itali.

Enjin yang digunakan sebenarnya adalah hasil dari projek 'kurikulum tambahan' kakitangan bahagian penyelidikan dan pembangunan Ferrari.

Enjin itu dibangunkan dalam tempoh lima tahun lalu dan menggunakan teknologi pancitan bahan api, suntikan minyak kawalan ECU, reed valve gentian karbon dan injap ekzos elektronik.

Teknologi tersebut membolehkan enjin mencapai prestasi tinggi dan pada masa yang sama mesra alam sekitar.

Nisbah kuasa kepada berat adalah faktor utama dalam prestasi Langen Two Stroke dengan falsafah utama iaitu pemudahan dan pengurangan berat.

Hasilnya ialah Two Stroke dengan berat hanya 114kg. Output kuasa enjin lebih daripada 75bhp dengan tork 45Nm.

 

Langen Two Stroke

 

Menjadikan Langen Two Stroke sebuah motosikal unik ialah binaan buatan tangan. Casisnya diperbuat dengan tangan daripada tiub aluminium berdiameter besar dan potongan lazer. 

Suspensi depan dibekalkan Ohlins manakala suspensi belakang dari K-Tech. Badan Langen termasuk tangki minyak dihasilkan dengan tangan dari gentian karbon

Langen direkabentuk, rekayasa dan dibina di Wigan, Greater Manchester, England.

Komponen motosikal ini turut dibina dengan kerjasama pakar seperti Dunlop dan Hel Performance untuk bahagian brek.

Setiap enjin dibina mengikut pesanan dan mempunyai penomboran individu bagi menyamai motosikal pelanggan. 

 

Langen Two Stroke

 

Penyesuaian (customisation) merangkumi warna, kemasan casis, jenis suspensi, tayar dan ciri ergonomik mengikut pelanggan.

Pengeluaran dan binaan awal hanya dihadkan kepada 100 unit dan dijadual bermula pada tahun 2021. 

Lagi 150 unit dikeluarkan pada tahun 2022 dan dihomologasi untuk sah digunakan di jalan raya awam di pasaran serata dunia.

Jumlah keseluruhan motosikal unik dihadkan kepada 250 unit dan setiap satu dibina mengikut pesanan pelanggan.

Langen Two Stroke ditawarkan di UK pada harga permulaan £28,000 (RM149,993). 

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Careta.my

 

Langen Two Stroke

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lightspeed dipacu enjin 1,190cc V-Twin 72 darjah sejukan cecair dengan padanan transmisi enam…