Langen LightSpeed, enjin 1,190cc V-Twin, 185 hp dan 128Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Langen LightSpeed
Langen LightSpeed
Pada September 2020 Careta pernah terbitkan artikel mengenai Langen Two Stroke, sebuah motosikal yang menggunakan enjin dua lejang 250cc V Twin.

Langen Technology Limited kembali lagi dan memperkenal model baharu Langen LightSpeed di Pameran Motorcycle Live 2023 di Birmingham, United Kingdom (UK).

Model pelancaran (launch edition) UK dihadkan kepada 185 unit sahaja. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Langen LightSpeed 2023

 

Lightspeed dipacu enjin 1,190cc V-Twin 72 darjah sejukan cecair dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin itu dibuat oleh Buell Motorcycles dan dibangunkan Langen untuk menghasilkan 185 kuasa kuda (hp) pada 10,600 rpm dan tork 128Nm pada 8,200 rpm.

Sistem pancitan bahan api dari Langen dengan badan pendikit 74 milimeter (mm) dan dibekalkan tangki petrol 19 liter. 

 

Langen LightSpeed 2023

 

Model kedua Langen ini nampaknya berbeza daripada Two Stroke yang menggunakan enjin dua lejang V Twin dengan ligatan 14,500 rpm!

Apa pun, LightSpeed sememangnya bertenaga untuk sebuah motosikal dengan berat 185 kilogram (kg).

Dari segi binaan, badan LightSpeed dibuat daripada gentian karbon dan kerangka ruang (space frame) besi tegangan tinggi.

 

Langen LightSpeed 2023

 

Penyerap hentak depan dan belakang dari Öhlins dan tugas memperlahan dan berhenti diberi kepada angkup brek Hel dan cakera berkembar 320 mm.

Seperti yang dikatakan di awal artikel, hanya 185 unit model pelancaran dibuat untuk UK dan pengeluaran akan bermula pada 2025.

Langen juga menawarkan khidmat penyesuaian seperti warna, hendal, rim dan pelbagai lagi dan tempatan sudah dibuka.

 

Langen LightSpeed 2023

 

Bagaimana pula dengan harga? 37,000 pound (RM215,900).

Adakah pengguna luar UK menggigit jari? Tidak, Langen merancang untuk menawarkan 370 unit LightSpeed bagi pasaran lain dengan pengeluaran bermula pada 2026/2027.

Langen memaklumkan beberapa pelanggan Two Stroke sedia ada sudah meletakkan deposit tanpa melihat motosikal ini lagi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Langen LightSpeed 2023