LandCruiserE - Trak pikap kuasa elektrik sepenuhnya untuk kegunaan perlombongan bawah tanah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat perlombongan bawah tanah BHP di Australia mengambil pendekatan berbeza bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap kualiti udara tanpa menjejaskan kualiti kerja mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan LandCruiser 79 Series yang hadir dengan enjin turbo-diesel 4.5 liter bentangan V8, mereka menukarkan nadi kuasa tersebut kepada tenaga elektrik sepenuhnya menggunakan set bateri lithium ion. 

 


Penukaran sistem pacuan tersebut walaubagaimanapun masih mengekalkan karakterisktik pacuan 4x4 asal pada LandCruiser tersebut bagi membolehkan mereka memantau kerja-kerja penyelenggaraan dibawah tanah tanpa menjejaskan kualiti udara dan tahap kesihatan para pekerja. 

Syarikat yang bertanggungjawab melakukan proses modifikasi itu, Voltra daripada Adelaide tidak mendedahkan kos keseluruhan penukaran sistem pacuan tersebut, namun menyatakan syarikat perlombongan tersebut mampu menjimatkan 10 ke 20 peratus kos keseluruhan selepas menggunakan trak pikap elektrik tersebut. 
 


Walaupun ia masih di dalam fasa prototaip, syarikat BHP bercadang untuk menggunakan peluang itu bagi menggantikan kuda kerja mereka kepada trak pikap berkuasa elektrik tersebut bermula tahun ini. 

Ini merupakan satu cubaan yang amat menarik didalam usaha menggabungkan kuasa elektrik yang mudah dan murah untuk dioperasikan ke dalam platform LandCruiser yang terkenal dengan kelasakan dan kekuatannya mengharungi pelbagai jenis bentuk muka bumi. 

Saksikan video di bawah berkenaan trak pikap yang digelar LandCruiserE.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…