"Memandangkan kerja-kerja tersebut siap lebih awal daripada perancangan, landasan ini kembali beroperasi mengikut kepanjangan penuh," jelasnya menerusi akaun KL International Airport @KLIA_my di platform X.
Menurut KLIA kerja-kerja tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan KLIA untuk mengekalkan standard keselamatan dan kualiti pada tahap tertinggi.
Tarikh sebenar yang dijadualkan untuk penyambungan semula operasi adalah pada 17 Mac.