Land Rover terpaksa henti produksi Defender

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, dalam era teknologi moden abad ke-21 ini kita sebenarnya terpaksa berhadapan dengan isu kekurangan bekalan cip semikonduktor, sehinggakan beberapa pengeluar menghentikan sementara produksi kenderaan di peringkat global.

Terbaharu, Land Rover terpaksa menghentikan seketika pengeluaran model-model baharu Defender dan Discovery disebabkan masalah yang sama.

Menurut laporan daripada Autocar, pengeluar automotif British itu menghentikan seketika produksi di kilang Nitra, Slovakia yang memiliki kapasiti pengeluaran 150,000 setahun itu.

Wakil JLR memberitahu, syarikat itu sememangnya menghadapi masalah disebabkan isu bekalan cip semikonduktor dan pandemik COVID-19, sekaligus menjejaskan jadual produksi mereka.

Wakil itu menambah, JLR kini sedang bekerja keras dengan para pembekal untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminimumkan impak kepada tempahan pelanggan, namun tiada sebarang garis masa didedahkan berhubung isu tersebut.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Berita Global
Memetik laporan Bernama, kenderaan NEV yang ke-20 juta itu merupakan kereta Hyper GT yang…
Berita Global
Terbaharu, syarikat pengeluar Suzuki telah menandatangani perjanjian untuk membina model eVTOL…