Land Rover SVO bantu misi kemanusiaan Mobile Malaria Project

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika beberapa bulan yang lalu, kami pernah menyiarkan sebuah projek kemanusiaan Land Rover Discovery untuk kegunaan Palang Merah Austria, kini divisyen SVO (Special Vehicle Operation) kembali dengan modifikasi Discovery bersama Mobile Malaria Project. 

Baca: Discovery Palang Merah Austria

Misi kemanusiaan selama lapan minggu ini bakal merangkumi jarak sejauh 6,300 km merentasi kawasan sub-Sahara Afrika (Namibia, Zambia, Tanzania, dan Kenya) dengan tiga orang penyelidik dari Universiti Oxford. 
 


Seperti nama projek yang tertera, Mobile Malaria Project bakal membawakan peralatan bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan penyakit malaria yang sering berlaku di benua Afrika. 

Dibina sepenuhnya oleh divisyen SVO Land Rover, SUV ini dilengkapi dengan makmal mini penjujukan genetik (mobile genetic sequencing lab) yang menggunakan sepenuhnya ruang kargo 1,137 liter di bahagian belakang Discovery ini. 
 


Selain daripada unit makmal mini, ia juga memuatkan unit peti sejuk, sistem rangka konfigurasi ruang, bekas storan khas untuk spesimen yang diperoleh, bateri simpanan, telefon satelit Thuraya, sistem pemadaman kebakaran serta iPad untuk tujuan perekodan data. 

Bagi memastikan Discovery ini benar-benar tahan lasak untuk perjalanan merentas benua, SVO melengkapkan SUV ini dengan tayar 4x4, sistem suspensi gegelung dengan lift kit, rak bumbung, dan lampu jenis LED untuk pemanduan malam yang lebih jelas. 
 


Sistem bumbung boleh lipat juga turut dipasang pada kedua-dua sisi Discovery ini bagi memudahkan kerja-kerja menganalisis data ketika di bawah panas terik matahari. 

Menurut ketua pengarah Mobile Malaria Project, Dr George Busby berkata, "terima kasih kepada Land Rover dan Royal Geographical Society, tugas kami menjadi lebih mudah untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh para penyelidik malaria di Afrika.

 


"Dengan Discovery dari SVO ini, ia bukan sahaja memberikan kami keupayaan untuk melawat dari satu lokasi ke lokasi yang lain, ia juga memberikan ruang dan kadar versatiliti yang menakjubkan untuk membawa barangan penyelidikan bagi misi kali ini.

Mobile Malaria Project bakal bertolak dari UK menuju ke benua Afrika pada bulan ini (22 Mac). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara perubahan yang dibawakan termasuklah pemasangan perkataan baharu pada bonet dan but, liang…