Land Rover sedia aksesori untuk binatang peliharaan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Land Rover memang faham bahawa SUV mereka digunakan untuk membawa binatang peliharaan, terutamanya anjing.

Untuk itu, syarikat SUV premium itu ada menyediakan aksesori-aksesori lengkap untuk membawa bintang peliharaan anda di dalam ruang tempat barang.

Pet Packs ini datang dalam beberapa varian dan boleh digunakan untuk semua produk Land Rover - baik dari Evoque hingga ke Range Rover.

 

 

Aksesori tersebut terdiri dari alas getah, kandang boleh lipat dan juga titi untuk anjing (kalau anda mahir, kucing pun mungkin boleh) naik ke ruang tempat letak barang.

Titi itu cukup kuat untuk menampung berat sehingga 85 kg, bermakna pengarang kami tidak dapat menggunakannya.

 

 

Ia juga boleh ditawarkan dengan tangki air 6.5L untuk membilas haiwan peliharaan anda. Sebenarnya, tangki air kompak itu juga sesuai jika anda hendak membawa basikal anda yang berlumpur.

Harganya untuk pasaran Malaysia tidak diketahui tetapi di Australia, ia bermula dari serendah AUS$502 sehingga AUS$2,963.

 

* Gambar dan berita asal dari Car Advice.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…