Land Rover kalah dalam perebutan hak tanda dagangan Defender kepada Ineos

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover nampaknya kalah dalam perebutan hak tanda dagangan terhadap bentuk asal Defender, dan ini membolehkan Ineos Group meneruskan langkah melancarkan SUV off-road Grenadier.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan daripada Bloomberg, Pejabat Hak Intelek UK mendapati bentuk dan rekaan Defender yang ingin dilindungi oleh Jaguar Land Rover tidak cukup tersendiri menyebabkan mahkamah London menggugurkan rayuan daripada JLR.

Terdahulu, Ineos Automotive telah menggunakan rekaan Land Rover Defender sebagai sumber inspirasi dalam membangunkan Ineos Grenadier, namun dengan casis ladder-frame dan suspensi serba baharu dari Magna Steyr serta menggunakan enjin BMW.

Pihak hakim juga turut menyokong penemuan Pejabat IP UK yang menyebut "tatkala perbezaan rekaan mungkin tampak signifikan kepada sesetengah pakar, perbezaan tersebut dianggap tidak begitu penting bagi kebanyakan pengguna.
 
Sementara itu, pihak Jaguar Land Rover dalam satu kenyataan melahirkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut, memandangkan bentuk ikonik Defender telah pun didaftarkan di beberapa pasaran lain.

"Land Rover Defender merupakan sebuah kenderaan yang ikonik, sebahagian daripada sejarah Land Rover masa lalu, masa sekarang dan akan datang.

"Bentuk yang unik itu amat mudah untuk dikenalpasti dan melambangkan jenama Land Rover di seluruh dunia.

Sumber: Bloomberg