Land Rover Explore - Telefon pintar baharu dari Land Rover!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar kenderaan tahan lasak kelahiran Britain, Land Rover hari ini menawarkan rangkaian telefon pintar terbaharu dikenali sebagai Explore.

Diinspirasikan daripada model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) terbaharu mereka; Land Rover Discovery, Explore sesuai untuk kegunaan penggemar aktiviti lasak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harus diketahui, bateri Explore berkapasiti 4,000 mAH itu mampu bertahan untuk tempoh dua hari.

Ini memberikan nilai tambah bagi telefon pintar berkenaan bagi aktiviti pengembaraan.

Cukup tahan lama untuk memastikan anda kekal berhubung dengan 'dunia luar' terutamanya ketika berdepan situasi cemas dalam hutan.

Terima kasih diucapkan kepada Land Rover dan rakan strategik, Bullitt Group kerana bertungkus-lumus membangunkan telefon pintar ini.

Hayat bateri boleh digandakan dengan menggunakan Pek Adventure yang juga meningkatkan kebolehpercayaan dan ketepatan isyarat navigasi GPS dan meningkatkan pemetaan.

Selain kelebihan bateri, Land Rover Explore turut didatangkan bersama pelindung pada skrin  paparan HD lima inci sebagai ciri standard.

Ciri berkenaan telah diuji pada kedalaman air garam setinggi 1.8 meter dan terbukti mampu bertahan ketika suhu ekstrem seperti hujan lebat, kejutan haba, gegaran kuat dan sebagainya. Hebat bukan?

Skrin utama telefon berkuasa Android mempunyai papan pemuka luaran yang disesuaikan untuk akses segera kepada maklumat cuaca dan data dari sensor peranti.

Skrin HD penuh berfungsi dalam cahaya matahari yang cerah dan boleh dikawal dengan sarung tangan atau jari basah.

Ia juga serasi sepenuhnya dengan semua aplikasi dalam kereta Land Rover.

Pengarah Bahagian Pelesenan Produk bagi Jaguar Land Rover, Joe Sinclair berkata, telefon pintar tersebut memiliki gabungan reka bentuk dan fungsi sempurna yang merangkumi DNA Land Rover.

"Ia membolehkan para pelanggan untuk berada di luar rumah lebih lama, dengan keyakinan untuk pergi lebih jauh.

"Kita menawarkan pek perkakasan lain bagi telefon ini dan ia boleh didapati sekarang, pek itu termasuk bateri tambahan 4370mAh," katanya.

Tambah Joe, Explore versi Adventure ditawarkan pada harga £ 599 (RM3,272).

Untuk makluman, telefon pintar Land Rover Explore boleh didapati bermula 26 April 2018 melalui www.landroverexplore.com dan peruncit terpilih termasuk Cotswold Outdoor and Snow + Rock di United Kingdom (UK), Sporthaus Schuster di Jerman atau pun AS Adventure di Belgium.

Terdahulu, Careta dimaklumkan Land Rover Explore akan dipamerkan pada pameran Kongres Telefon Pintar Dunia  (Mobile World Congress) yang bakal mengambil tempat pada 26 Februari ini hingga 1 Mac depan di Barcelona sebelum kemudian ke Geneva Motor Show.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…