Land Rover Discovery terbalik selepas terlanggar GR Yaris di bulatan

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin kerana bersikap tidak sabar, atau nasib pemandu ini memang malang pada hari itu.

Sebuah Land Rover Discovery dilaporkan terbalik di persimpangan bulatan setelah berlanggar dengan sebuah Toyota GR Yaris.

Insiden yang berlaku di Robin Hood Island, Birmingham, England ini menyaksikan sebuah Discovery Sport cuba untuk memasuki lorong tengah bulatan setelah mendapati lorong kiri sesak dengan trafik.

 


Belum sempat SUV itu memasuki lorong bersebelahan, Discovery Sport itu terlanggar bucu kanan belakang sebuah Toyota GR Yaris berwarna merah sebelum terbalik di lorong kanan.

Pemilik Discovery Sport  seberat dua tan itu terpaksa menerima hakikat SUV-nya mengalami kerosakan termasuk pada bahagian tingkap, bumbung, hud serta bampar depan, manakala GR Yaris itu pula dilihat tidak mengalami kerosakan serius, malah bampar belakang masih lagi terletak elok setelah pelanggaran terjadi.

Sumber: Twitter @JamesKPatterson

Berita Berkenaan

Berita Global
Keputusan ini menandakan penutup kepada satu era panjang sejak model pertama Land Rover…
Berita Global
Pilihan Warna Dan Trim Baharu Land Rover Classic kini menawarkan beberapa warna baharu…
Berita Domestik
Katanya, siasatan awal dijalankan oleh unit siasatan lebuh raya Zon Tengah sebelum diserahkan…