Land Rover Discovery Sport R-Dynamic - dua varian, bermula dari RM380k

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi penawaran SUV premium kompak, Land Rover Discovery Sport dengan rekaan luaran yang lebih moden, berani dan sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan signatur Land Rover masih lagi dikekalkan dan diserikan dengan penampilan lampu utama LED hadapan dan belakang, serta gril hadapan serba baharu. 

Untuk pasaran Malaysia, Land Rover Discovery didatangkan varian Discovery Sport R-Dynamic dengan dua konfigurasi tempat duduk, iaitu lima tempat duduk, serta varian 5+2. 


 


Kuasa pula diperoleh daripada enjin petrol turbo Ingenium 2.0 liter yang menghasilkan 300 PS dan 400 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi ZF automatik sembilan nisbah kelajuan. 

Sistem pacuan semua roda (AWD) pula hadir dengan ciri Driveline Disconnect di mana dalam keadaan pemanduan santai, sambungan antara gandar hadapan dan belakang boleh dipisahkan, dan boleh disambungkan semula dalam masa kira-kira 500 milisaat. 

Ciri Terrain Response 2 juga merupakan ciri standard yang dipadankan pada Discovery Sport di mana ciri ini mengoptimasikan prestasi dalam apa jua keadaan untuk cengkaman dan kawalan yang lebih  baik. 
 


Terdapat beberapa mod pemanduan seperti Comfort, Sand, Grass-Gravel-Snow, Mud & Ruts, atau mod pemanduan automatik yang tidak memeningkan kepala. 

Untuk kemudahan pemandu, Discovery Sport juga turut dilengkapi dengan ClearSight Ground View, ciri di mana pemandu boleh memerhatikan keadaan di bawah kenderaan dengan lebih jelas ketika sedang menyelusuri laluan off-road, kawasan parkir dan mengelakkan tebing jalan. 

Paparan ClearSight dan mod pemanduan itu tadi boleh diakses menerusi skrin paparan bersaiz 10 inci berdefinisi tinggi yang turut menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 
 


Manakala untuk pemandu pula didatangkan dengan paparan Interactive Driver Display 12 inci yang memaparkan informasi pemanduan, hiburan, dan data keselamatan aktif termasuklah sistem navigasi dan juga peranti pintar. 

Urusan pemanduan juga dipermudahkan dengan paparan Generation 2 Head Up Display berwarna dan beresolusi tinggi yang memberikan info pemanduan seperti kelajuan, posisi gear, dan arah navigasi tanpa perlu pemandu mengalihkan tumpuan dengan lebih kerap. 

Untuk kemudahan semasa, sistem pengecasan nirwayar merupakan ciri standard yang dilengkapkan pada kesemua varian Discovery Sport. 
 


Sebut pasal keselamatan, Land Rover Discovery Sport hadir dengan ciri-ciri seperti Brek Kecemasan Kelajuan Tinggi, Kawalan Pelayaran Adaptif, Bantuan Kekal Laluan, Sistem Pengawasan Keadaan Pemandu serta ciri kamera keliling 360 darjah. 

Ciri diatas melengkapi ciri keselamatan pasif seperti tujuh beg udara yang turut merangkumi beg udara lutut, beg udara langsir dan juga beg udara dada. 

 


Harga jualan pula bermula dari RM379,800 sehinggalah RM409,800 dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 kilometer (yang mana terdahulu); Program Servis Lima tahun atau jarak perbatuan 65,000 kilometer, serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun. 

Bagi mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di mana-mana pusat pameran Jaguar Land Rover atau menerusi pautan INI
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika beberapa bulan yang lalu, kami pernah menyiarkan sebuah projek kemanusiaan Land Rover…
Berita Global
Untuk itu, Land Rover yang telah lama bekerjasama dengan pasukan Palang Merah Austria sejak tahun…
Uncategorized
Enjin empat silinder berkuasa turbo twin-scroll ini mampu menghasilkan 240 PS dan daya kilas 340 Nm…