Land Rover Discovery Sport 2020 facelift - luar minimalis, namun tetap berteknologi tinggi

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Land Rover telah memperkenalkan versi facelift bagi model Discovery 2020, menampilkan teknologi yang dipertingkat serta pilihan enjin yang lebih mesra alam. 

Dari segi luaran, boleh dikatakan ia membawakan ciri yang minima namun jika dilihat dengan teliti, anda boleh perhatikan bahagian bumper yang sedikit berbeza, rekaan grill baharu dan lampu LED juga dengan stail yang baharu. 
 


Kemas kini diteruskan di bahagian dalaman dengan penggunaan roda stereng three-spoke, rekaan konsol tengah yang diperbaharui dan diakhiri dengan kemasan bahan berkualiti tinggi. 

Selari dengan perkembangan terkini, Land Rover menggunakan paparan meter kluster jenis digital dan sistem infotainmen Touch Pro bersaiz 10 inci yang lebih moden. 
 


Untuk kepelbagaian penggunaan tempat duduk, Land Rover telah mengadaptasikan tempat duduk baris kedua dengan nisbah lipatan 40:20:40 yang mampu memberikan 24 konfigurasi mengikut kesesuaian. 

Kesemua tempat duduk sehinggalah ke baris ketiga dibaluti dengan bahan jenis Luxtex yang diperbuat daripada bahan mikrofiber poliester yang dikitar semula, dan menurut Land Rover, ia mampu memberikan rasa yang mewah, lebih ringan, tahan lasak dan tahan koyak.
 


Namun, ciri yang lebih menyerlah adalah cermin pandang belakang pintar yang digelar sebagai ClearSight Rear View.

Dengan hanya menekan satu butang fungsi, anda boleh memantau keadaan di belakang kenderaan menggunakan kamera yang dipaparkan pada cermin tersebut, walaupun secara fizikalnya terhalang oleh bagasi dan barangan balik kampung. 
 


Sebuah lagi ciri pintar dipanggil sebagai ClearSight Ground View, di mana sistem menggunakan kamera bagi memaparkan gambaran 180 darjah di bahagian bawah kenderaan. 

Ini lebih memudahkan pengendalian ketika sedang melakukan pemanduan off-road ataupun ketika di jalan bandar di mana sesetengah halangan jalan tidak dapat dikesan dari pandangan mata seorang pemandu. 
 


Seperti Range Rover Evoque 2020, Land Rover Discovery Sport kini menggunakan platform D8 yang telah dikemas kini di mana ia 13% lebih tegar dan mampu mengurangkan kadar bunyi bising yang memasuki ruang kabin. 

Dua set trenkuasa ditawarkan kepada para pembeli di Amerika, iaitu enjin petrol berkuasa 246 hp dan versi mild-hybrid 48 voltan berkuasa 296 hp. 
 


Manakala untuk pembeli di UK pula, terdapat versi diesel ditawarkan dalam bentuk enjin 2.0 liter dengan versi mild-hybrid dengan dua outpit berbeza iaitu 178 hp/430 Nm dan 237 hp/500 Nm. 

Enjin diesel versi bukan hibrid pula mampu menghasilkan 148 kuasa kuda dan 380 Nm daya kilas. 

Untuk opsyen enjin petrol pula, para pembeli boleh mendapatkan versi mild-hybrid dengan 197 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas, manakala versi yang lebih berkuasa pula mampu menjana 246 kuasa kuda dan 365 Nm. 
 


Dari segi keselamatan pula, Land Rover Discovery Sport turut didatangkan dengan kelengkapan seperti Kawalan Pelayaran Adaptif dengan Bantuan Stereng, Bantuan Kekal Laluan serta Brek Kecemasan Autonomi. 

Di UK, pihak Land Rover sudah mula membuka tempahan bagi model Discovery Sport dengan harga bermula dari £31,575 (RM166,544). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…