Land Rover Discovery Ingenium 2.0 liter - 240 PS/340 Nm, harga dari RM379,800

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Land Rover Discovery Sport dengan varian enjin petrol baharu 2.0 liter Ingenium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin empat silinder berkuasa turbo twin-scroll ini mampu menghasilkan 240 PS dan daya kilas 340 Nm (1,250 rpm) sebelum digandingkan dengan transmisi ZF sembilan nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda dengan keupayaan meredah pelbagai jenis muka bumi tanpa mengorbankan keselesaan.


Berkongsi rekaan senibina yang serupa dengan Range Rover Evoque, binaan hadapan Discovery Sport ini menampilkan crossbeam magnesium yang ringan dan kukuh diikuti bahagian tiang-B yang unik dan kompak, serta casis aluminium yang serba ringan memberikan kabin yang kukuh untuk mengharungi jalan off-road dan ruang dalaman yang luas.

Sistem keselamatan Discovery Sport tampil dengan beberapa ciri seperti beg udara untuk penumpang hadapan, beg udara lutut, beg udara tirai sisi dan beg udara khusus untuk melindungi bahagian dada.
 


Sistem infotainmen InControl Touch yang hadir pada Discovery Sport ini mempunyai kelebihan kustomisasi seakan telefon pintar yang mana pengguna boleh mengubah suai antaramuka, menambah elemen widget dan juga menukar gambar wallpaper paparan.
 


Land Rover Discovery Sport versi pasaran Malaysia hadir dengan konfigurasi lima tempat duduk sebagai standard, dan ia boleh diubah tetapannya menjadi 5+2 sebagai pilihan.

Land Rover Discovery Sport 2018 dijual pada harga RM379,800 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans) serta hadir dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km (yang mana terdahulu), servis lima tahun atau 65,000 km dan Bantuan Tepi Jalan selama tiga tahun.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekaan signatur Land Rover masih lagi dikekalkan dan diserikan dengan penampilan lampu utama LED…
Berita Global
Jika beberapa bulan yang lalu, kami pernah menyiarkan sebuah projek kemanusiaan Land Rover…
Berita Global
Untuk itu, Land Rover yang telah lama bekerjasama dengan pasukan Palang Merah Austria sejak tahun…