Land Rover Defender Yachting Edition - Defender bertemakan kapal layar

oleh Mohamad Hanif|
Setelah membawakan sebuah Mercedes-AMG G 63 Yachting Edition pada awal tahun yang lalu, syarikat aftermarket dari Poland, Carlex Design kini membawakan sebuah lagi model dengan tema kapal layar mewah yang serupa, Land Rover Defender Yachting Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan berdasarkan Land Rover Defender 110 lima pintu, model Yachting Edition ini menampilkan layangan warna luaran 'brushed silver' yang sama seperti model AMG G 63.

 


Apa yang lebih menyerlah adalah tema kapal layar mewah yang cuba dibawakan oleh Carlex Design di bahagian ruang kabin, di mana terdapat upholsteri berwarna putih yang cuba digandingkan dengan penggunaan bahan kayu.

 

 

Jika anda tidak begitu menggemari warna putih (cepat kotor), Carlex Design juga membawakan sebuah lagi opsyen iaitu upholsteri berwarna emas dengan elemen brushed silver.

 


Tiada sebarang harga jualan didedahkan buat masa ini, namun melihatkan kepada kualiti bahan yang digunakan, anda boleh menjangkakan harga yang tidak murah untuk pakej Yachting Design ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…