Land Rover Defender Works V8 Trophy - semua unit terjual dalam tiga hari sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
25 unit Land Rover Defender Works V8 Trophy yang diinspirasikan daripada ekspedisi off-road Camel Trophy itu nampaknya telah habis terjual dalam masa tiga hari sahaja!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, harga jualan bermula dari £195,000 (RM1 juta) dan pembeli boleh mendapatkan model Defender klasik ini dalam versi tiga pintu 90 atau lima pintu 110.

Land Rover Defender Works V8 Trophy ini dibina oleh Land Rover Classic dan ia merupakan satu penghormatan buat Camel Trophy yang diadakan dari tahun 1980 sehingga 1998.

 


Setiap satu Land Rover Defender Works V8 Trophy ini dilayangkan warna Eastnor Yellow dengan kontras warna hitam pada arca roda, bonet, dan pintu tailgate.

Kuasa pula diperoleh daripada enjin petrol 5.0 liter bentangan V8 yang menghasilkan 399 kuasa kuda dan daya kilas 515 Nm, dengan transmisi automatik lapan kelajuan, sistem pacuan empat roda dan transfer box dua nisbah kelajuan.

Spesifikasi penuh boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Land Rover Defender Works V8 Trophy

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…