Land Rover Defender uji enjin V8 - 500hp!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, Land Rover masih enggan untuk mendiamkan diri selepas pelancaran rasmi model Defender pada tahun lalu.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Ini boleh dilihat berdasarkan hantaran Autocar yang dibuat menerusi laman web Facebook yang memperlihatkan gambar intipan Land Rover Defender berhampiran pusat pengujian syarikat automotif tersebut.

Dari segi luaran, ia tidak membawakan perbezaan berbanding rupa standard Defender 110, melainkan pelekat "Prototype Vehicle" pada bahagian hadapan dan penampilan sistem ekzos dengan tip yang bersegi.

 

Autocar telah membuat pencarian maklumat berdasarkan nombor pendaftaran yang digunakan oleh Land Rover dan mendapati ia telah didaftarkan dengan nadi bersesaran 4,999 cc.

Berkemungkinan besar ia merupakan nadi bentangan V8 yang sama didapati pada model Range Rover, Range Rover Sport dan Range Rover Velar.

 


Selain daripada itu, laman web AutoExpress UK juga turut mengesan kelibat Land Rover Defender yang diuji dengan V8, dan kali ini ia membawakan butiran yang lebih terperinci seperti penampakan angkup brek berwarna merah di sebalik rim Defender tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah desas-desus yang didengari sebelum ini mencadangkan Land Rover bakal menggunakan nadi yang diperoleh daripada BMW, iaitu enjin V8 4.4 liter turbo berkembar, disebabkan fasiliti Ford yang menyalurkan bekalan enjin V8 kepada Land Rover sudah mahu ditutup.
 


Menurut Autocar lagi, Land Rover menggunakan model Mercedes-Benz G-Class sebagai tanda aras bagi membangunkan Defender V8, seperti keupayaan off-road yang lebih tegar namun masih mampu menawarkan perasaan kemewahan di ruang kabin.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Land Rover mahu menawarkan enjin V8 khusus untuk varian Defender 110 atau model Defender 90.

Namun, model V8 ini tidak akan dilancarkan sehingga akhir tahun 2021 bagi memberikan laluan kepada model Defender plug-in hybrid terlebih dahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Global
  Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan…
Berita Global
Ia menggunakan asas daripada model Defender 90 P400 X-Dynamic SE yang dilengkapi dengan enjin enam…