Land Rover Defender SVR - nadi V8 turbo berkembar, bakal jadi seteru utama Mercedes-AMG G 63?

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingat Land Rover pernah menguji prestasi pengendalian Defender baharu di Litar Nurburgring sebelum ini?
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Ini ada satu berita baik di mana terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Land Rover bakal mendapat varian berprestasi tinggi SVR, dengan nadi V8 yang diperoleh daripada rakan teknikalnya, BMW. 

Difahamkan, sebuah prototaip sudah pun berada di pusat kejuruteraan Land Rover Gaydon, Warwickshire di mana Special Vehicle Operations (SVO) sedang bertungkus lumus menguji SUV yang bakal menyaingi Mercedes-AMG G 63 S. 

Enjin V8 turbo berkembar 4.4 liter yang memiliki kod S63 itu kini mendiami model berprestasi tinggi BMW iaitu BMW X5 M dan BMW X6 M, menghasilkan sekurang-kurangnya 600 kuasa kuda dan 750 Nm daya kilas. 

Walaupun output yang dihasilkan agak tinggi, pihak Land Rover berkemungkinan besar akan menala kembali nadi tersebut supaya ia mampu bersaing dengan Mercedes-AMG G 63 yang berkuasa 577 kuasa kuda. 
 


Memandangkan Land Rover Defender menggunakan platform aluminium yang lebih tegar, ia lebih memudahkan kerja Land Rover untuk menala Defender menjadi sebuah hot SUV, selain menambah mod litar lumba dan sistem suspensi udara. 

Nadi V8 yang diperkatakan itu akan turut digunakan pada model-model Jaguar Land Rover yang lain seperti Jaguar F-Type, Range Rover dan juga Range Rover Sport. 

Walaupun pada asalnya Defender SVR tidak pernah termasuk di dalam mana-mana perancangan asal Land Rover, ini adalah satu perkembangan yang sangat menarik di dalam segmen SUV berprestasi tinggi. 

Sumber imej: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Sekali imbas, reka bentuk berkotak Jetour Traveller ini banyak membawakan inspirasi rekaan daripada…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…
Berita Global
Baru-baru ini syarikat tersebut telah menghasilkan pakej modifikasi untuk salah satu jentera ikonik…