Land Rover Defender pun ada ekzos Miltek Sport!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Milltek Sport Defender
Milltek Sport Defender
Ubah suai untuk menjadikan sesebuah kereta lebih sporti tidak terhad kepada kereta jenis rendah seperti sedan dan hatchback sahaja.

SUV pun sama, bukan setakat pemilik malah pengeluar turut menawarkan varian sporti seperti Range Rover SVR.

Pengeluar aksesori dan komponen berprestasi pun mestilah ada produk tersendiri.

Sebagai contoh Miltek Sport menawarkan set ekzos untuk Land Rover Defender 90 dan 110 dan untuk varian P300, P400, P400e dan V8.

Miltek Sport bukan baharu dalam bidang ini, syarikat ditubuhkan pada 1983 dan mempunyai pusat pembangunan dan ujian berhampiran litar Nürburgring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Milltek Sport Defender

 

Set ekzos ini direka dengan peningkatan berbanding sistem standard dari segi akustik, prestasi, estetik dan dinamika pemanduan.

Ekzsos ini direka untuk menjadi pengganti terus sistem asal dan mengekalkan penapis berzarah (particulate) yang asal dari kilang.

Pembeli turut ditawarkan pilihan bunyi kurang bising (resonated) atau lebih garang (non-resonated) dan jenis muncung ekzos.

Ekzos ini diperbuat dari besi tahan karat T304L gred pesawat supaya ianya tahan lasak memandangkan Defender ini gunanya untuk jalan biasa dan off-road.

Selain bunyi yang lebih garang, sistem ekzos ini juga lebih ringan berbanding set asal dan juga membantu mempertingkatkan dinamika pemanduan.

 

Milltek Sport Defender

 

Berkenaan harga sistem ekzos Milltek Sport Land Rover Defender dijual di United Kingdom pada harga £1,700 (RM9,273). 

SUV lasak pun pakai ekzos sport! Cumanya Defender ini bukan SUV biasa-biasa.

Miltek Sport juga sudah pun memulakan pembangunan sistem ekzos untuk Land Rover Defender 130 versi petrol yang lebih besar dengan tiga baris tempat duduk yang baru sahaja dilancarkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin