Apatah lagi binaan Defender generasi baharu ini menggunakan kerangka unibodi aluminium berbanding binaan body-on-frame yang digunakan pada generasi terdahulu.
Namun, ujian penilaian kenderaan baharu Euro NCAP terhadap Land Rover Defender cukup untuk membuktikan bahawa generasi baharu SUV off-road itu mampu memastikan keselamatan pemandu dan penumpang, terutama ketika digunakan di kawasan urban.
Empat aspek yang diuji adalah perlindungan terhadap penumpang dewasa, penumpang kanak-kanak, pejalan kaki dan penunggang basikal, serta bantuan keselamatan termaju yang dilengkapkan pada model baharu yang turut merangkumi ujian brek kecemasan dan bantuan pengekalan laluan.
Secara keseluruhan, Land Rover Defender 2020 berjaya memperoleh skor lima bintang penuh dengan skor berikut:
- Adult Occupant - 85%
- Child Occupant - 85%
- Vurnerable Road Users - 71%
- Safety Assist - 79%.
Dari segi perlindungan terhadap penumpang, Land Rover Defender menunjukkan casis serba baharu itu berjaya mengelakkan kabin daripada disentuh impak, terutama pelanggan hadapan dan pelanggaran offset hadapan.
Ujian pelanggaran sisi dengan tiang pula menunjukkan daya impak pelanggaran tersebut berjaya diserap dengan baik pada pintu dan juga bumbung.
Dari keempat-empat kategori itu, Defender memperoleh skor terendah menerusi perlindungan terhadap pengguna jalan raya, dimana struktur bonet hadapan memberikan kurang perlindungan terhadap bahagian pinggang pejalan kaki.
Namun, sistem lain seperti AEB mampu mengesan kehadiran pejalan kaki dan penunggang basikal, serta berupaya untuk menjalankan mitigasi pelanggaran dari arah hadapan.
Model yang diuji oleh Euro NCAP adalah Defender 110 versi empat pintu dengan konfigurasi pemanduan di sebelah kanan, dan skor lima bintang itu boleh diaplikasikan kepada model-model Defender yang ditawarkan.