Sebagai alternatif yang jauh lebih menarik, muncul satu binaan luar biasa dikenali sebagai Osprey Custom 4×4 OC90. Defender ini merupakan unit satu-satunya di dunia dan dibina khas untuk pameran SEMA 2025, lengkap dengan enjin V8 daripada Chevrolet Corvette.
Enjin LS3 Corvette 6.2 Liter Jadi Nadi Utama
Di bawah bonet OC90 terletak enjin V8 LS3 6.2 liter aspirasi semula jadi yang diambil daripada Chevrolet Corvette C6. Enjin ini menghasilkan sekitar 430 hp serta lebih 425 lb-ft tork, angka yang jauh mengatasi Defender standard.
Kuasa disalurkan ke sistem pacuan empat roda melalui transmisi automatik 6-kelajuan 6L80e bersama kotak pemindah LT230. Sistem ini digandingkan dengan differential tengah dan gandar heavy-duty, menjadikan OC90 sesuai untuk pemanduan lasak mahupun kegunaan harian.
Sistem pencucuhan push-button Digital Guard Dawg PBS-X turut digunakan, manakala sistem ekzos dual-exit dengan kemasan hitam satin melengkapkan pakej trenkuasa.

Suspensi Dinaik Taraf dan Brek Lebih Berkuasa
OC90 menggunakan penyerap hentak dan spring TerraFirma yang dipadankan dengan lengan suspensi yang telah diperbetulkan sudutnya untuk menaikkan ketinggian tunggangan serta meningkatkan kestabilan stereng.
Sistem brek cakera bersaiz besar dipasang di hadapan dan belakang, tersembunyi di sebalik rim Iconus Forged ICON 7 bersaiz 18 inci yang diinspirasikan daripada rekaan Land Rover klasik. Tayar Kenda Klever M/T2 digunakan, yang berasal daripada dunia perlumbaan desert profesional.
Rekaan Luaran Klasik Dengan Sentuhan Moden
Badan OC90 dicat dalam warna Fuji White dengan kemasan sepadan pada wheel arch dan side step. Bampar hadapan keluli disalut powder-coat putih serta dilengkapi pelindung bawah berwarna kuning untuk melindungi enjin ketika off-road.

Lampu hadapan LED smoked dipasang bersama gril gaya XS berwarna hitam berkilat. Di bahagian sisi, grafik jalur rally diinspirasikan daripada Defender klasik, manakala bampar belakang gaya NAS menampilkan kemasan lantai kayu teak.
OC90 turut dilengkapi winch hadapan, dual recovery points, tow hitch serta roll cage multi-point bersama Signature Autosports Twillfast soft top.
Kabin Mewah Dengan Teknologi Moden
Bahagian dalaman menampilkan kabin berbalut kulit penuh dengan susun atur tujuh inci sistem infotainmen lengkap sokongan kamera undur, navigasi GPS serta integrasi telefon pintar tanpa wayar.

Sistem audio Rockford Fosgate 8 inci dipasang bersama subwoofer 8 inci menghadap ke belakang, memberikan pengalaman bunyi premium kepada penumpang yang duduk secara side-facing di belakang. Lantai kabin pula menggunakan kemasan kayu teak yang menambah elemen mewah dan unik.


Harga Lebih Rendah Daripada Defender Octa
Walaupun dibina secara one-off, Osprey Custom 4×4 OC90 ditawarkan pada harga sekitar USD 199,950 bersamaan kira-kira RM 940,000 mengikut kadar semasa. Sebagai perbandingan, kos binaan Defender klasik yang setara boleh mencecah sekitar USD 254,000 atau kira-kira RM 1.19 juta.
Dengan enjin Corvette, binaan eksklusif serta spesifikasi off-road dan kemewahan yang jauh lebih menyeluruh, OC90 dilihat sebagai pilihan lebih bernilai berbanding Defender Octa untuk pembeli yang mahukan Defender sebenar dengan prestasi sebenar.