Land Rover Defender Hard Top - Defender untuk kegunaan komersial

oleh Mohamad Hanif|
Selain dipasarkan sebagai sebuah SUV off-road persendiran, Land Rover Defender juga turut ditawarkan kepada sektor komersial.

Dikenali sebagai varian Hard Top, pembangunan Land Rover Defender komersial ini dikenalikan sepenuhnya oleh divisyen Special Vehicle Operations (SVO) Jaguar Land Rover.

Ia masih mengekalkan ciri-ciri premium yang terdapat pada versi standard Defender, namun ia direka supaya memaksimumkan keluasan ruang kargo di bahagian belakang.

 


Ini boleh dicapai dengan membuang tempat duduk di baris kedua (model 90) dan baris ketiga (model 110), dan pembeli boleh mendapatkan opsyen tempat duduk ketiga di bahagian tengah baris hadapan.

Selain daripada itu, ciri seperti ClearSight Rear View Mirror juga turut disertakan bagi memudahkan pemandu mendapatkan sudut pandangan yang lebih jelas walaupun dengan kehadiran barang yang menimbun di ruang kargo.

 


Terdapat dalam dua versi iaitu varian tiga pintu 90 dan lima pintu 110, kesemua varian Defender komersial ini akan dilengkapi dengan sistem suspensi bebas jenis coil-sprung, kecuali versi 110 yang akan didatangkan dengan sistem suspensi udara elektronik.

Kedua-dua versi mempunyai keupayaan menunda sehingga 3,500 kg muatan, dan turut dilengkapi dengan ciri Advanced Tow Assist - sistem bantuan stereng automatik yang amat berguna ketika mengundurkan kenderaan dengan muatan terpasang di belakang.

 


Ciri-ciri lain seperti jarak kelegaan tanah setinggi 291 mm, sudut approach 38 darjah, sudut break-over 28 darjah dan sudut departure 40 darjah yang memudahkan pengendalian di jalan yang tidak rata.

Harga jualan untuk model Defender Hard Top ini bermula dari $43,700 (RM187,255).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bukan sekadar sentuhan bersifat kosmetik, akan tetapi Himalaya turut memberikan penekanan kepada…
Berita Domestik
Boleh dikatakan, ramai juga yang menanti kehadiran SUV off-road ini di pasaran Malaysia, dan…
Berita Global
Sebagai satu penghormatan buat acara off-road Camel Trophy itu, Land Rover baru-baru ini…