Land Rover Defender ECD ini hadir dengan motor elektrik Tesla 450 hp

oleh Mohamad Hanif|
Modifikasi restorasi model-model lama Land Rover Defender oleh E.C.D Automotive Design sememangnya mampu untuk membuatkan para peminatnya terliur.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Buat mereka yang cintakan alam sekitar dan bencikan asap, ECD ada menawarkan projek kustom yang tidak langsung menggunakan nadi V8 yang berkuasa, sebaliknya menampilkan motor elektrik daripada Tesla!
 

ECD


Project Britton yang ditampilkan ini dipasangkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 450 hp yang digunakan untuk memacu kesemua empat roda.

Pecutan 0-96 km/j pula boleh dicapai dalam tempoh lima saat, dan pek bateri berkapasiti 100 kWh pula membolehkan pemanduan sejauh 354 km untuk sekali cas penuh.

Untuk keselesaan pemanduan, pihak ECD telah memasang sistem suspensi udara dengan tayar all-terrain daripada BF Goodrich, namun komponen seperti brek dan gandar masih lagi standard kilang.
 

ECD


Bahagian luaran Defender elektrik ini dilayangkan dengan warna Cool Khaki Grey, sementara bahagian kabin pula menampilkan penggunaan bahan kulit hitam dan beige, trim kayu, serta kayu Teak untuk lantai kargo.

Apa yang pasti, modifikasi sebegini memang memerlukan belanja yang besar, dan bukan semua orang suka dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh ECD ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek HWA EVO itu diumumkan sendiri oleh HWA AG, sebuah syarikat dari Affalterbach yang sangat…
Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…
Berita Global
Antara hasil kerja Everrati termasuklah Porsche 911 (generasi 964) serta Mercedes-Benz SL di mana…