Land Rover Defender dikesan sedang diuji - jangkaan pelancaran rasmi tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah menyiarkan info berkenaan model pengganti kepada Land Rover Defender yang dikatakan bakal mengekalkan imej kekotakan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan kini, sebuah model pacuan empat roda yang penuh dengan pelekat penyamaran dikesan sedang bergerak berhampiran dengan markas rasmi Land Rover dan tidak syak lagi ia adalah sebuah model pengganti Defender. 

Menurut jurucakap Land Rover, pembangunan Defender kini sedang bergerak progresif dan ia dijangka bakal siap dan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2020.


Semenjak model terakhir Defender keluar daripada barisan produksi pada 29 Januari 2016, hampir tiada kedengaran info atau imej risikan yang tertiris berkenaan model pengganti kenderaan ikonik pacuan empat oda itu. 

Namun, ketika pembukaan cawangan baharu Jaguar Land Rover di Amerika, mereka secara tidak sengaja memaparkan imej silhouette yang menunjukkan Defender bakal menerima pengganti baharu dalam masa terdekat. 

Adakah pengganti Defender baharu ini bakal mewarisi semangat yang sama seperti mana Defender pada 67 tahun yang lalu?