Land Rover Defender dengan enjin V8 Corvette - 525 hp, 671 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun sudah diketahui umum bahawa Land Rover kini sedang bekerja keras untuk membangunkan model Defender generasi baharu, namun di hati peminat sejati, model terdahulu Defender masih kekal di sanubari.

Oleh kerana itu terdapat pelbagai modifikasi dijalankan, sama ada dari segi kosmetik mahupun dari segi peningkatan kuasa supaya model ikonik ini terus kekal melata di jalan raya dan juga off-road. 

Salah satu contoh yang kami bawakan pada kali ini ialah sebuah Land Rover Defender yang dijana enjin Corvette V8 dihasilkan oleh syarikat penala Himalaya. 
 


Ya, enjin LS3 6.3 liter bentangan V8 ini telah ditugaskan untuk menggantikan tugas asal enjin empat silinder sebaris, dengan kuasa yang terhasil sekitar 525 kuasa kuda dan 671 Nm daya kilas

Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam nisbah kelajuan terus kepada sistem pacuan empat roda.

Bagi memastikan 525 kuasa kuda itu disalurkan dengan baik kepada jalan raya, tayar bersaiz 37 inci daripada Toyo Open Contry telah digunakan dengan rim aloi Sawtooth bersaiz 18 inci menghiasi ruang arca roda. 

Sistem gantungan pula menggunakan khidmat lift kit setinggi 4 inci daripada Ford Performance Shocks dan Extreme Currie Hi-Frex Suspension bagi memberikan stance yang lebih gagah kepada Defender ini. 
 


Sementara itu, ruang kabin pula tidak diabaikan oleh Himalaya dengan penampilan kemasan baharu pada papan pemuka, sistem hiburan skrin sentuh daripada Alpine dengan sambungan Apple CarPlay serta tempat duduk Recaro yang dibaluti kulit dua tona. 

Menurut Himalaya, Defender V8 ini hadir dengan jaminan selama 2 tahun atau perbatuan 24,000 baru (38,624 km) manakala harga jualan pula hanya akan didedahkan atas permintaan individu yang berminat. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…