Land Rover Defender 90 Trophy Edition - 250 unit sahaja, dari RM424 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan populariti model Defender edisi Camel Trophy yang dilancarkan sebelum ini, Land Rover membuat keputusan untuk meluaskan lagi penawaran model off-road itu kepada model Defender versi jarak tiga pintu (Defender 90).
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Ia menggunakan asas daripada model Defender 90 P400 X-Dynamic SE yang dilengkapi dengan enjin enam silinder sebaris 2,996 cc yang mampu menghasilkan 400 PS dan 550 Nm.
 

Defender 90


Sama seperti Defender 110 yang ditawarkan sebelum ini, Defender 90 Trophy Edition turut dilayangkan dengan skema warna dua tona kuning hitam, pemasangan perkakasan off-road (Off-road Pack & Advanced Off-road Capability Pack), suspensi udara, rak bumbung, bar tunda, mud flap, tangga dan juga cangkuk tunda.

Lagi berita buruk, hanya 220 unit sahaja yang akan ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, dan tambahan 30 unit lagi untuk pasaran Kanada.
 

Defender 90


Pembeli model edisi terhad Trophy Edition ini akan diberikan tiket kemasukan percuma untuk acara Trophy Competition yang akan berlangsung di Land Rover Experience Center, Manchester, Vermont.

Pasukan yang menang akan layak mara ke Classic Land Rover Trophy Competition di UK.

Harga jualan untuk Land Rover Defender 90 Trophy Edition ini bermula dari $95 ribu (RM424 ribu).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Global
  Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan…
Berita Global
  Set ekzos ini direka dengan peningkatan berbanding sistem standard dari segi akustik, prestasi…