Land Rover Defender 90 edisi khas dengan warna klasik Marine Blue, 25 unit, khusus untuk pasaran Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran acara Kitesurf World Cup 2023 di Sylt, Jerman, Land Rover melancarkan model Defender edisi khas (Defender 90 Marine Blue Edition) yang akan dihasilkan dalam unit terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, Land Rover merupakan penaja utama bagi acara Kitesurf World Cup yang dianjurkan untuk tahun ini.
 

defender


Sebanyak 25 unit sahaja Defender Marine Blue yang akan diproduksikan, di mana warna tersebut merupakan warna sama yang digunakan untuk produksi Defender klasik era 1950-an, 1960-an, dan 1970-an.

Kemasan biru itu dikontraskan dengan bumbung dan rim berwarna putih, rak bumbung, serta lencana khas "One of 25".
 

defender


Untuk ruang dalaman, Land Rover menampilkan warna kontras terdiri daripada upholsteri kulit tan pada tempat duduk, papan pemuka, panel pintu dan perehat tangan, kemasan putih pada papan pemuka dan panel pintu, seta kemasan kulit hitam pada stereng dan konsol tengah.

Kesemua Defender 90 Marine Blue Edition akan dijual dengan enjin diesel konfigurasi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 245 hp @ 4,000 rpm, dan daya kilas 570 Nm @ 1,250-2,250 rpm.
 

Defender


Sayang sekali, kesemua 25 unit itu hanya akan ditawarkan di pasaran Jerman sahaja, dengan harga jualan bermula dari €99,800 (RM502,349).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, mereka yang berada di dalam golongan tangan gatal perlu mengambil inisiatif berjumpa dengan…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, terdapat dua varian yang ditawarkan iaitu P300 yang dilengkapi dengan enjin…